Berita Harian Online
Chelsea, Liverpool rebah lagi, United kuasai carta
LONDON: Juara bertahan Manchester United melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris mengatasi Chelsea selepas melakarkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Bolton Wanderers di Old Trafford, semalam.
Jaringan sendiri pertahanan Bolton, Zat Knight yang tertampan bola hasil tandukan Michael Owen serta gol pemain sayap, Antonio Valencia pada babak pertama membolehkan anak buah Sir Alex Ferguson mengutip 22 mata berbanding Chelsea 21, selepas The Blues mengalami kekalahan mengejut 2-1 kepada Aston Villa dalam perlawanan awal.
Namun United terpaksa mengharungi saat-saat mencemaskan pada separuh masa kedua selepas Matthew Taylor menanduk masuk hantaran lintang Kevin Davies dan menyaksikan pelawat mengasak hebat gawang tuan rumah dalam usaha mencari gol penyamaan,
Terdahulu, Villa mencatat kemenangan bergaya menewaskan pendahulu sebelum ini, Chelsea hasil dua tandukan pemain pertahanan, semalam.
Villa yang turun dengan semangat membara selepas kejayaan menumbangkan Liverpool dan seri dengan Manchester City, dikejutkan dengan gol pendahuluan oleh penyerang sensasi Chelsea, Didier Drogba pada minit ke-15.
Drogba yang menyambut hantaran Frank Lampard di luar kotak penalti, bijak melepaskan tendangan padu ke penjuru gawang menewaskan penjaga gol Brad Friedel.
Bagaimanapun, Richard Dunne mengikat kembali kedudukan pada minit ke-32 apabila menanduk cantik tendangan sudut sebelum James Collins memastikan kemenangan Villa di halaman sendiri, juga menerusi tandukan dari jarak dekat di tengah gawang, menewaskan Petr Cech pada minit ke-52. � Agensi
Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.
Resolusi anda sekarang adalah 1024x600. Sila tukar resolusi anda untuk dapatkan paparan laman web terbaik!
Popular Posts
-
Wikipedia is sustained by people like you. Please donate today. Rancid (band) From Wikipedia, the free encyclopedia Jump to: navigation, sea...
-
wajah riang yg kepenatan buatkan kami amat terhibur....ianya bermula dari zerro..kemudiannya kepada 1...dan sterusnya...pelajari pa yg diaj...
-
menjalankan perniagaan dalam..membekal alat tulis & bantuan mengajar,peralatan sukan & pejabat,tayar,bahan binaan,makanan & minu...
-
Pengorbanan besar ratu skuasy NICOL (berdiri belakang kanan) bersama rakan ketika zaman sekolah di Pulau Pinang. Motivasi, fokus pemain nomb...
-
nak duit masuk dalam akaunsebanyak 5angka...tapi tidak tahu macam mana nak cari duit melalui internet...?
-
Berita Harian Online Chelsea, Liverpool rebah lagi, United kuasai carta LONDON: Juara bertahan Manchester United melonjak ke tangga teratas ...
-
Berita Harian Online Chelsea, Liverpool rebah lagi, United kuasai carta LONDON: Juara bertahan Manchester United melonjak ke tangga teratas ...
-
kawan ini memang perlu..tapi ia perlu bila kita gembira tapi bila kita susah punyalah payah kawan ada kat sebelah kita..bukan nak burukkan k...
-
Apa yang susahnya nak berniaga?saya sekarang bekerja sebagai juruteknik di swasta,tetapi telah memiliki lesen berniaga dan kontraktor..Tapi ...
No comments:
Post a Comment